Piliharaya ke 12. Siapa Menang? Siapa Kalah? Siapa Tuan? Siapa Kuli? Siapa Mereka? Siapa Kita?



Teka teki pilihanraya sudah terjawab. Sekarang adalah masa untuk kita menunjukkan kuasa . Kuasa yang paling besar diberikan kepada kita untuk kita gunakan sekali sahaja dalam masa 4 tahun.

Pada masa ini ramai penghasut, pemujuk , penipu, penyibuk, kaki ampu, kaki carut dan macam-macam lagi bangsa manusia akan muncul dengan hanya satu harapan , iaitu memilih mereka atau parti mereka untuk memerintah.

Siapakah yang patut menerajui pucuk pimpinan negara kita. Adakah Barisan Nasional yang telah memerintah selama 50 tahun mampu memuaskan semua orang yang ada dimalaysia. Adakah parti pembangkang dengan isu-isu yang ada mampu menumbangkan Barisan Nasional.

Harus diingat . Kedua-duanya adalah parti politik. Dunia politik penuh dengan kekotoran, Penipuan , Janji-janji palsu.Cuba nak pancing undi....Bila sudah memerintah ....anda akan kenal siapa mereka sebenarnya.... Rasuah sana, rasuah sini, Skandal sana, skandal sini. ...Berlagak tak ingat macam dia manusia paling hebat didunia.... Masa inilah kita nak tunjuk siapa hebat....YB ke atau rakyat.....

Hebat mana sangat mereka ni....Gaji YB dan menteri bukannya besar...Kalau di singapura boleh mencecah RM 1 juta setahun. Dimalaysia, makcik yang jual nasi lemak kat Kampung Baru pendapatan dia lagi besar dari YB dan menteri....

Fikirkan, bayangkan....Gaji tak sebesar mana tetapi mampu pakai Mercedes Benz yang terbaru... Rumah macam Istana.... Makan di Hotel 5 dan 6 bintang. Bukan hanya yang bernaung dibawah dacing...Yang bernaung dibawah bulan pun sama....

Macam mana boleh jadi begitu....Ada kuasa, ada peluang....gunakan kuasa untuk rebut peluang = Salah guna Kuasa.Hak rakyat diketepikan...yang penting semua hak rakyat boleh jadi hak sendiri, adik beradik...anak beranak.....Mereka Semua Sama.....siapa yang susah....KITA DAN KELUARGA KITA JUGA YANG SUSAH......

Apa kata kita pakat ramai-ramai .....semua tak keluar mengundi...Agaknya apa akan jadi....Rasanya bulan, roket, dacing dan bulan sabit cacat akan duduk semeja, makan termenung sebab tak ada kerja... Sudah pasti mereka akan menangis berguling-guling memikirkan banyak lagi projek yang tak dapat dijalankan....Mungkin ada bekas YB yang akan merangkak dari rumah kerumah minta sedekah ....suruh keluar mengundi ..MESTI SERONOK DAPAT BUAT MACAM NI ....KITA DUDUK RAMAI-RAMAI gelakkan mereka.....Dah puas hati dalam sebulan....kita dah tunjukkan hak kita...KUASA, PERPADUAN, KETIDAKPUASHATIAN.....barulah mereka tahu siapa mereke....apa keje mereka....mereka WAKIL RAKYAT....bukannya TUAN KEPADA RAKYAT...

FIKIRKAN. RENUNGKAN.......SIAPA TUAN? SIAPA KULI....MEREKA KULI KITA.....KITA TUAN MEREKA....REBUT KEMBALI HAK KITA>>>


APA YANG AKAN TERJADI??? MESTI SERONOK ?? PASTI AKAN JADI SEJARAH...PASTI AKAN MASUK GUINESS BOOK OF RECORD....TIADA YANG KELUAR MENGUNDI DI HARI PILIHANRAYA...ATAUPUN ....PEMERINTAH DAN PEMBANGKANG BEKERJA SAMA ......MERAYU RAKYAT KELUAR MENGUNDI....




 

© 2010 Learning Trade Forex All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info