Masa itu Emas



Disebabkan signal lom kluar dan aku hari ni makan lunch laju, jadi ada masa sikit nak berceloteh kat sini. Citer apa saja yang terlintas difikiran aku

Mula-mula sekali aku cemburu dengan ramai orang. Ramai orang mempunyai masa yang berlebihan sehingga boleh membuang masa. Dalam 1 hari cuma ada 24jam saja. Takleh tambah atau kurang. Nak dibeli dengan seberapa banyak duit pun takleh. Jadi bila aku tengok orang duk melepak dan takde buat apa, aku rasa cemburu. Orang tu ada banyak masa dan boleh dibuang sesuka hati.

Kepada aku lak, aku rasa macam masa tu tak cukup. Aku ada kerja tetap, time office hours aku sibuk ngan keje office aku. Disamping tu aku buat network marketing edymium. Dimasa yang sama aku study forex dan trade forex. Kenapa aku kata study dan trade?? Bak kata orang keje sambil belajar sebab forex ni terlalu banyak bidang yang perlu dipelajari sebelum kita betul betul mahir.

Dimasa yang sama kemahiran aku yang lain seperti membaiki kereta, motor, alat elektrik, komputer, wiring, networking, sound system dan beberapa lagi masih aku teruskan pembelajarannya. Ini kerana kemahiran tu perlukan latihan yang berterusan disamping ilmu yang amat luas utk dipelajari.

Jadi bila bila masa korang terjumpa satu mamat yang takde keje, takde duit dan duduk melepak membuang masa, korang perlu cemburu pada mamat tu pasal dia mewah dengan masa. Masa itu tidak boleh dibeli dengan duit. Mamat tu adalah orang kaya sebenarnya.




 

© 2010 Learning Trade Forex All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info